Assalamualaikum wbt dan salam
jumaat semua, hari ini Kfaz nak kongsikan kudapan popular yang diminati ramai. Kudapan ini tak ikut musim raya dia ada
tak raya pun dia ada.
Rempeyek Kacang Rangup, anda
suka? Kfaz pun suka…
Anda yang minat nak cuba buat
sendiri Jom baca bahan-bahan dibawah
Bahan-bahan
Bahan A
1 peket tepung beras
½ cawan tepung ubi
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam (jika
suka)
3 sudu makan ketumbar
5 helai daun limau purut hiris
halus
21/2 sudu teh garam
3 peket pati ikan bilis tumix
1 sudu teh ajinomoto (jika suka)
1 sudu makan gula
10 ulas bawang putih mesin halus
2 cawan santan
2 biji telur
2 cawan air
3 sudu makan air kapur
Bahan B
1 cawan kacang tanah dipanggang ½
masak
Cara membuat
1. campurkan
semua bahan A hingga sebati. Samada menggunakan acuan atau ditebar saja di tepi
kuali pun tak pe. Pastikan minyak dah panas sebelum menggoreng. Gorenglah sehingga
habis adunan tersebut.
2. Toskan sehingga
minyak betul-betul kering supaya rempeyek sedap dan tahan lama.

No comments:
Post a Comment