Pages

Saturday, January 30, 2016

LAKSAM

Assalamualaikum
Saje nak berkongsi, saya asal dari Johor tapi minat makan Laksa Kelantan – Laksam. Saya search internet jumpa resipi Azie Kitchen. Dah cuba buat Alhamdulilah jadi dan sedap. Ini resipinya

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam




Satukan semua bahan dan kacau rata. Masukkan di dalam jug untuk memudahkan di tuang ke dalam bekas.


Panaskan pengukus sehingga mendidih. Letakkan tudung periuk atau apa apa bekas yang leper ke dalam pengukus dan sapukan minyak.


Kacau supaya adunan tidak mendap dan tuangkan setengah dari tudung periuk dan tutup tudung pengukus dalam 5 - 10 minit sehingga adunan menjadi mengelembung seperti gambar di bawah





Angkat dan dengan menggunakan pisau atau garpu balik sambil digulung gulung dengan menolak pelahan lahan ketepi




Terus menggulung dan menolak sehingga ke penghujung tudung periuk dan terus golekkan ke dalam bekas supaya tidak menyentuh dengan tangan



Satu adunan dapat menghasilkan 8 gulung laksam. Bila hendak dimakan, gunting laksam nipis nipis




Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk 
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan 
Garam


Cara Menghidang:

Untuk menghidangkan , masukkan laksam yang dipotong nipis ke dalam pinggan tuangkan kuah laksam secukupnya masukkan ulam ulaman serta sambal cili. sedia untuk dinikmati









Thursday, January 28, 2016

Rempeyek Kacang Rangup

Assalamualaikum wbt dan salam jumaat semua, hari ini Kfaz nak kongsikan kudapan popular  yang diminati ramai.  Kudapan ini tak ikut musim raya dia ada tak raya pun dia ada.

Rempeyek Kacang Rangup, anda suka? Kfaz pun suka…

Anda yang minat nak cuba buat sendiri Jom baca bahan-bahan dibawah 



Bahan-bahan

Bahan A
1 peket tepung beras
½ cawan tepung ubi
2 sudu makan jintan manis
2 sudu makan jintan putih
1 sudu teh lada hitam (jika suka)
3 sudu makan ketumbar
5 helai daun limau purut hiris halus
21/2 sudu teh garam
3 peket pati ikan bilis tumix
1 sudu teh ajinomoto (jika suka)
1 sudu makan gula
10 ulas bawang putih mesin halus
2 cawan santan
2 biji telur
2 cawan air
3 sudu makan air kapur

Bahan B
1 cawan kacang tanah dipanggang ½ masak

Cara membuat

1.     campurkan semua bahan A hingga sebati. Samada menggunakan acuan atau ditebar saja di tepi kuali pun tak pe. Pastikan minyak dah panas sebelum menggoreng. Gorenglah sehingga habis adunan tersebut.

2.    Toskan sehingga minyak betul-betul kering supaya rempeyek sedap dan tahan lama.