Pages

Saturday, August 9, 2014

MENGELAK Pembaziran roti

Roti asasnya adalah makanan rugi bagi orang barat, namun kini ia sudah menjadi makanan yang wajib ada di meja makan kita. Roti selelunya dihidang sebagai sarapan, disapu dengan kaya atau mejerin dan dijamu secara terus mahupun dibakar.

Kebiasaannya menikmati roti dengan menu tersebut menjadikan kebanyakan dari kita berasa jemu dan akhirnya menghadapi kebuntuan  mengendalikan lebihan roti yang hampir tamat tempoh. Sering terjadi sebuku roti yang telah dibeli kadang kala tidak dapat dihabiskan dan setelah menyedari hampir tamat tempoh, jalan mudah bagi kita adalah membuangnya sahaja.

Tindakan ini adalah satu pembaziran dan sayang sekali kerana makanan tersebut masih di dalam keadaan baik.

Terdapat beberapa tips menu | resipi berasaskan roti untuk dipelbagaikan supaya lebih berselera untuk dimakan.

JEJARI ROTI

BAHAN-BAHAN

1 keping roti

1 biji telur | dipukul bersama garam

20 gm bijan

Minyak untuk menggoreng




CARA MEMASAKNYA

1.             Roti dihiris empat bahagian
2.             Celupkan ke dalam telur.
3.             Kemudian golekkan dengan bijan
4.             Goreng sehingga kekuningan dan sedia untuk dinikmati,