Pages

Sunday, September 14, 2014

RENDANG AYAM DADIH

Bahan

500g isi ayam - potong dadu
1 peket pes rendang
2 btg serai
4 helai daun limau purut
150g dadih biasa
2 biji buah keras
50 g jintan manis
50g jintan putih
2g bunga lawang
2g buah pelaga
2g cengkih


Cara memasak

1. masukkan 1 peket pes rendang dalam kuali.  renih.

2. Masukkan jintan dan semua rempah kering. Biarkan hingga pecah minyak

3. Masukkan ayam dan dadih.

4. Renih sehingga empuk.

5. Angkat sedia dihidangkan

Saturday, August 9, 2014

MENGELAK Pembaziran roti

Roti asasnya adalah makanan rugi bagi orang barat, namun kini ia sudah menjadi makanan yang wajib ada di meja makan kita. Roti selelunya dihidang sebagai sarapan, disapu dengan kaya atau mejerin dan dijamu secara terus mahupun dibakar.

Kebiasaannya menikmati roti dengan menu tersebut menjadikan kebanyakan dari kita berasa jemu dan akhirnya menghadapi kebuntuan  mengendalikan lebihan roti yang hampir tamat tempoh. Sering terjadi sebuku roti yang telah dibeli kadang kala tidak dapat dihabiskan dan setelah menyedari hampir tamat tempoh, jalan mudah bagi kita adalah membuangnya sahaja.

Tindakan ini adalah satu pembaziran dan sayang sekali kerana makanan tersebut masih di dalam keadaan baik.

Terdapat beberapa tips menu | resipi berasaskan roti untuk dipelbagaikan supaya lebih berselera untuk dimakan.

JEJARI ROTI

BAHAN-BAHAN

1 keping roti

1 biji telur | dipukul bersama garam

20 gm bijan

Minyak untuk menggoreng




CARA MEMASAKNYA

1.             Roti dihiris empat bahagian
2.             Celupkan ke dalam telur.
3.             Kemudian golekkan dengan bijan
4.             Goreng sehingga kekuningan dan sedia untuk dinikmati,

Monday, April 14, 2014

KARIPAP PUSING CRUNCHY


(pastry untuk 2 kg)

Bahan

A
1 peket Minyak masak
½  peket Planta                     + dan dicairkan diatas api
2 kg tepung gandum
garam
1 sudu aji nomoto/gula
750 air

B
3 sudu tepung beras
3 sudu campuran minyak masak dan planta


cara

1.     Masukkan tepung gandum dalam bekas buat lubang ditengahnya tuangkan 210 ml minyak yang telah dicairkan.  Masukkan garam, gula dan air. Gaul hingga sebati.
2.     Masukkan 3 sudu tepung beras kedalam mangkuk kecil tuangkan satu senduk adunan minyak.
3.     Gaul adunan jadi kan doh leperkan guna penggelek. Gunakan mesin No 3
Kemudian No.4 untuk menipiskan doh.
4.    Gunakan 1 doh yang telah dileperkan sapukan leperan doh dengan   adunan    B kemudian guluung hingga ke hujungnya.
5.     Potong doh tadi sebesar ¼ “ hingga selesai. Tindihkan doh yang telah digulung diatas doh biasa leperkan dan masukkan kedalam mesin No.4 .
6.     Letakan pada acuan karipap.

[Rujuk gambar]
















Sunday, March 9, 2014

BENGKULU

KUIH TRADISI ZAMAN BERZAMAN : TART BENGKULU TINIES (SG CHOH)

Pada sesiapa yang masih mencari mane nak dapat makan kuih tart bengkulu sg. choh...ATAU tak pernah tahu ttg kuih tart nie...
 meh saya kenalkan...


Disini saya berkongsi keenakkan kuih tradisional tart Bengkahulu...
Berasal Dari Bengkahulu Sumatra Indonesia,
Makanan Tradisi Bangkahulu keturunan atuk nenek saya sendiri dan (erra fazira)...

Kuih tart Bengkahulu ini sangat popular di Sungai Choh, Rawang.

Kuih tart Bengkahulu ini berintikan isi kelapa gula merah…
Di masak menggunakan dapur kayu api..
Kuih ini boleh bertahan selama sebulan . 

Sehingga kini ramai yang telah mencuba alhamdulilah repeat balik yer..dari utara ke selatan yang mencuba dan di putrajaya sendiri ramai yang telah order..  

Perkhidmatan melalui pos laju (menggunakan kotak dan bekas yang cantik)
@ bole ambik di Putrajaya .

Insyallah rasanya dijamin sedap..

 Kuih Tradisional Tart Bengkulu bagi inti :

RM 45.00 (50 BIJI)
Kacang merah
Kelapa inti gula merah

Nenas


Bengkulu inti Kacang merah


Bengkulu inti nenas


pek untuk 50 biji


pek untuk 10 biji



Sunday, March 2, 2014

PES RENDANG


RENDANG merupakan masakan istimewa terutama disediakan bagi menyambut perayaan terutama Hari Raya Aidil Fitri dan Hari Raya Aidil Adha

Yang membuat jenis makanan yang satu ini menjadi makanan yang istimewa adalah rempahnya yang beragam,  bumbu rendang sangat kaya akan rempahnya sehingga akan menghasilkan sebuah cita rasa masakan yang sangat khas.

Berbagai-bagi jenis Rendang terdapat di Malaysia, contohnya seperti Rendang Tok asal dari Perak, Rendang Negori dari Negeri Sembilan Rendang Masak Hitam dan bermacam jenis lagi..

Di sini saya perkenalkan pes rendang asas yang mana anda boleh menggunakannya dengan ditambah mengikut citarasa puan-puan. Pes yang dibuat khas untuk memudahkan puan-puan menyediakan rending untuk jangka masa yang pendek cepat dimakan.




Monday, February 24, 2014

JOM BENGKEL BUAT MEE KUNING

Nak kongsi resipi MEE KUNING buat sendiri, anda suka tak?

Ada banyak resipi mee kuning dalam website, anda dah cuba!! Ini resipi akak nak kongsikan dengan anda semua…jangan kumpul resepi je mesti cuba tau!!

Al kisah akak belajar buat mee kuning ni sebab memang suka makan mee, mee jawa, me kari dan rojak mee. Semua guna mee kuning. Bila beli yang orang jual di luar sana rasanya pahit dan rasa was-was pulak… tak tahu siapa yang buat!! Mostly cina la kan.. susah nak dapatkan produk dari orang melayu..mee meraka ni dah tentu ada pengawet . bila curah kuah je mee bertukar warna merah.

Pertukaran warna tu disebabkan oleh asid burik. Asid ni tak elok untuk kesihatan kita sebenarnya. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ASID BURIK Tanya Mr. Google. Kat kedai tu memang sah ada asid burik kan!!

Kalau adik-adik nak buat mee ni kena ada mesin kayuh tangan sendiri ye… tapi kalau nak yang cangih sikit belilah mesin elektrik.





MESIN MANUAL


MESIN ELEKTRIK


Bahan-bahan

500 gm tepung gandum
250 ml air
1sudu besar air abu
1 sudu kecil garam
½ penutup warna kuning
sedikit minyak masak untuk menggaul mee dan untuk merebus mee

Nota:
Air abu boleh didapati di kedai Bakery anda.

Perhatian!
Serbuk kunyit tidak boleh digunakan untuk hasilkan warna kuning sebab kunyit mempunyai rasa yang kuat dan ada tindakan balas dengan bahan alkali dan menjadikan mee berwarna merah.


cara membuat.

1.     campurkan semua bahan ke dalam tepung. Gaulkan hingga sebati.
2.     Bulatkan adunan menjadi doh.
3.     Leperkan mengguna kan penggelek
4.     Masukkan kedalam mesin
5.     No.1 untuk meleperkannya,
6.     kemudian No.3 untuk lebih nipis.
7.     Masukkan ke No 3 untuk menjadikan mee.
8.     Buat sampai habis.
9.  Rebuskan mee dalam air mendidih yang telah dicampur minyak supaya mee tidak melekat. Rebus sekejap saja.
1.  Toskan biarkan mee sejuk campurkan sedikit minyak masak untuk mengelak dari melekat.

11.  MEE JAWA sedia untuk di makan