Pages

Wednesday, October 23, 2013

MASAK SEMUDAH 1 2 3….

Ramai di antara kita yang mengalami keracunan makanan apabila kita  makan dikedai atau “TAPAU” makanan dari kedai belum tentu lagi  terjamin kebersihannya. Oleh desakan keadaan kita masih juga terus membeli kerana cara ini sajalah kaedah paling mudah untuk menyediakan makanan kepada ahli keluarga kita.

Hari ini saya bersyukur  kerana kepakaran yang saya ada dapat membantu seramai mungkin wanita bekerja yang kesempitan masa  untuk menyediakan makanan sihat untuk anak-anak dan suami tersayang hasil dari air tangan sendiri dengan kaedah menggunakan PES MASAKAN yang CEPAT,MUDAH dan JIMAT.

PES adalah pati bagi pelbagi jenis masakan yang biasa digunakan  yang oleh kebanyakan Cif-cif terutamanya di  Hotel, Restoran dan  kedai-kedai makan. Penggunaan pes juga dapat menjaga kualiti dan rasa ‘standard’ bagi  setiap masakan yang dimasak. 

Penggunaan pes dapat menjimatkan kos kepada pengusaha restoran  dari mengaji tukang masak untuk menyediakan masakan. Setiap hidangan boleh disediakan oleh sesiapa saja dengan teknik  1 2  3, iaitu TUANG, RENEH, HIDANG.

Setiap kali kita adakan keramaian samada kenduri kendara, rumah terbuka yang pada hari raya atau pelbagai majlis kebiasaannya kita sering melantik pengurus makanan menyiapkan makanan untuk tetamu dan dihantar ke rumah.  Bagi yang ingin menjimatkan perbelanjaan penggunaan pes adalah cara yang cukup efiktif.


“GUNAKAN WANG ANDA DENGAN BIJAK..!!”

No comments:

Post a Comment